Kisah Benar! Mayat Dalam Kubur Digali Dan Hidup Kembali -Banjarmasin,
Indonesia - Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak keluarga
kerana diyakini mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang
telah dikubur lapan jam itu dipercayai bernama Yadi, warga Kelurahan
Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.
Setelah
dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa
ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat menyatakan lelaki
bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh kerana
tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa pulang ke rumah.
Penduduk
setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi pada mangsa,
walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan
mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai 'ustaz' yang
datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.
Walaupun
Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah sungai.
Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan 'tidak bernyawa' kerana sudah 10
minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor mengatakan
Yadi sudah meninggal.
Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.
Pada
malam harinya, isteri Yadi berasa 'tidak sedap' dan meminta agar kubur
suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu belum
meninggal. Pihak keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu
sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi
warga yang mendengar cerita ini.
Lihat video ketika kubur Yadi digali semula dibawah.
GABUNG Halaman Facebook saya
Info Menarik KKK Blogger's
Dengan mengklik Tombol SUKA dibawah ini