UNIK

Translate

Lokasi KUBURAN yang UNIK : Kuburan di TENGAH TENGAH GEDUNG TINGGI .. cekidott...


Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.




Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.


Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.


Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.-Kosmo

http://www.menjelma.com/2012/12/lokasi-kuburan-yang-unik-kuburan-di.html

BACA JUGA YANG INI :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...