Bayi
yang dilahirkan di Pakistan ini amat istimewa sekali kerana mempunyai
dua muka atau dua wajah. Ibu bertuah itu Syahidah Perveen,30 tahun
melahirkan seorang bayi bermuka dua, dua hidung, empat mata, dan
sepasang telinga. Anggota bayi yang lain adalah normal.
Bayi itu dilahirkan pada kira-kira pada jam 11:00 pagi hari Jumaat dan selepas tersiar berita tempatan, beratus-ratus pelawat berkumpul di hadapan jabatan ginekologi untuk melihat renungan bayi yang mempunyai dua muka.
Namun menurut kenyataan doktor keadaan organ tubuh ganda pada satu tubuh ini dikenali dengan istilah medis craniofacial. Dalam keadaan seperti ini, pernafasan tidak teratur dan daya tahan hidupnya tipis.
Kelainan ini terjadi kerana masalah genetik akibat pernikahan pasangan yang masih memiliki hubungan darah dan perkahwinan incest [sumbang muhrim]. Dr Ahmed menyarankan agar pasangan suami isteri mendapatkan khidmat nasihat dengan doktor sebelum memutuskan untuk memiliki anak. Ini dilakukan untuk menghindari kejadian serupa.
http://www.menjelma.com/2012/09/heboh-bayi-bermuka-dua-di-pakistan.html
GABUNG Halaman Facebook saya
Info Menarik KKK Blogger's
Dengan mengklik Tombol SUKA dibawah ini