Di Mana ujung Pelangi?

kita akan membincangkan tentang satu kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Kuasa yang sering kali berlaku di dunia ini terutama di negara-negara beriklim tropika. Pelangi? Apa yang anda tahu tentang pelangi? Pelangi yang bewarna warni, punyai 7 warna? Pelangi yang sangat cantik dan indah apabila dapat dilihat di hapadan mata? Pelangi yang kadang kala mempunyai kembarnya? Pelangi yang kadang-kadang kita lihat mempunyai lebih dari 7 warna? Pelangi yang belaku di langit seperti kejadian pelangi di Ipoh ini?


Soalan yang paling penting sekali, di mana letaknya hujung pelangi. Kita sering kali lihat pelangi di dada langit tetapi tidak pernah pula melihat hujungnya. Tidakkah anda terfikir tentang letaknya hujung kaki pelangi. Orang-orang tua mengatakan di kaki langit itulah orang bunian mandi manda. Ye ke? Larangan mereka pula, jangan tunjuk pelangi, kalau tidak jari kudung. Ye ke? Boleh terima ke larangan-larangan nenek moyang kita ini? Yang penting, larangan-larangan tersebut tidak pun termaktub di dalam al Quran mahupun hadis, jadi boleh je kalau kita nak buat. Eh sat, di mana kaki pelangi ye? Terima kasih kepada website ini kerana memberi kita sedikit idea tentang di mana letaknya hujung pelangi. Dalam website tu, gambar pelangi ini bertajuk “rainbow beam“, dalam bahasa melayu lebih kurang maksudnya tembakan pelangi lah. hehe.
Click to Enlarge :O
http://melayukini.net