“Biasanya anak sulung memberi dot puting susu kepada adiknya untuk menenangkannya apabila menangis, namun malangnya kali ini dia tersilap memberi biji rambutan,” kata Fatin Syamimi Azman, 18, ibunda Mohd Hafizie Farhan Mohd Aizudin, bayi lelaki berusia dua bulan yang meninggal dunia semalam (24/11) akibat tercekik biji rambutan di rumahnya di Kampung Laut, Malaysia.
Fatin Syamimi yang ditemui di Hospital (Rumah Sakit) Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata dalam kejadian kira-kira jam 16.00 petang kelmarin, dia sedang bekerja saat menerima panggilan telepon dari suaminya, Mohd Aizudin Razali, 26, yang memberitahu Mohd Hafizie Farhan tercekik biji rambutan diberikan abangnya, Mohd Haikal Fikri, (2 tahun).
“Saya diberitahu Mohd Haikal dan suami sedang memakan rambutan di ruang tamu tetapi suami kemudian bergegas ke dapur membuat susu selepas melihat Mohd Hafizie yang berada di tempat tidur bayi terbangun dari tidur.
“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke tempat tidur adiknya dan menyuapkan biji rambutan mungkin karena ingin menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur”.
“Tindakan Mohd Haikal baru disadari suami saya saat melihat keadaan Mohd Hafizie yang berubah pucat dan sesak nafas”
(Metro Malaysia)
http://www.memobee.com
GABUNG Halaman Facebook saya
Info Menarik KKK Blogger's
Dengan mengklik Tombol SUKA dibawah ini